Archive for May, 2008

Selamat Bercuti

Thursday, May 29th, 2008

Saya menulis blog ini ketika saya sedang berada di kampung, bercuti. Terlalu banyak jemputan ke majlis perkahwinan dan jarang berkesempatan untuk meninjau blog ini. Dan tentunya sebilangan besar murid juga sedang berada di kampung untuk berjumpa datuk dan nenek masing-masing selepas berhempas-pulas membuat persediaan untuk peperiksaan pertengahan tahun yang berakhir sebelum cuti persekolahan, kecuali calon-calon UPSR yang berkemungkinan menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolah atau pusat tuisyen berbayar. Walauapapun, selamat bercuti kepada semua. :)

Antara program sekolah yang bakal menyusul selepas cuti ialah Hari Terbuka Sekolah, Kem Motivasi Tahun 6, Lawatan ke Langkawi, Kem Beruniform dan peperiksaan percubaan UPSR.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 55% [?]

Selamat Hari Guru! Terima Kasih, Cikgu!

Friday, May 16th, 2008

Pada 16 Mei setiap tahun adalah satu tarikh keramat kepada semua pendidik yang bergelar guru atau cikgu di Malaysia. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tarikh sambutan hari guru tidak sama antara satu negara negara satu negara yang lain. Oleh itu, 16 Mei bukanlah satu sambutan untuk guru secara global serata dunia. Walau apapun, itulah tarikh dan hari teristimewa kepada warga guru di seluruh Malaysia, dan ianya sudah pasti juga melibatkan warga pendidik di SKTP.

Inilah masanya jasa dan pengorbanan mereka dikenang. Inilah masanya penghargaan diberikan kepada mereka. Harus diingat, siapalah kita tanpa guru, siapalah kita tanpa cikgu. Guru bukan untuk dihina. Guru bukan untuk dijatuhkan martabatnya. Jangan hanya satu atau dua kes-kes ‘negatif’ berlaku melibatkan guru, kita ‘mencemarkan’ profesion tersebut. Namun agak sedih bila hakikat ini mula menular di kalangan masyarakat kita. Guru dipandang rendah kononnya berpendapatan rendah. Guru disaman kerana menganggap status guru boleh diperlekehkan. Harus diingat, guru hanyalah insan biasa yang sudah tentu ada salah dan silap.

Raikanlah bersama guru-guru, inilah masanya. Bangkitkan kembali martabat guru demi keutuhan dan kecemerlangan. Kehebatan seorang guru bukan kerana ketinggian ilmu semata-mata, tapi ia meliputi pengalaman, pengorbanan dan kesabaran.

Selamat Hari Guru kepada semua guru, khususnya warga pendidik Sekolah kebangsaan Taman Permata yang dicintai. Guru Cemerlang, Negara Terbilang! :)

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 Lagu Guru Malaysia :

Popularity: 51% [?]

Perbincangan Adalah Jalan Terbaik

Tuesday, May 6th, 2008

Laman web kami terpaksa ditutup seketika gara-gara tindakan seorang ‘insan mulia’ yang mengaku dirinya sebagai ibubapa murid SKTP dan menghantar emel berupa surat layang ke PPD. Kenapa semestinya terus ke PPD? Sejak bila SKTP menutup pintu kepada ibubapa atau sesiapa saja untuk berbincang? Malah apa fungsinya PIBG jika tidak digunapakai? Bukankah nabi s.a.w mendidik umatnya supaya bermusyawarah dalam segala hal, malah baginda mengamalkan budaya musyawarah ini walaupun berhadapan dengan pihak musuh.

Kenapa harus bermusuh dengan guru? Apa yang tidak puas hati hinggakan menghantar emel membuta tuli tanpa usul periksa dan berbincang terlebih dulu? Takkan sejauh itu tindakan untuk menjatuhkan guru tersebut?

Dalam hal ini, bukan bermaksud segala apa yang kami lakukan sempurna, tapi harus diingat guru adalah insan yang mengajar dan mendidik anak-anak, masakan dengan insan guru pun ada pihak berusaha untuk ‘menjatuhkan’ dan ‘memburukkan’ nama semudah itu?

Apa yang baru saja berlaku amat menyedarkan kami terutama para guru. Rupanya dalam usaha kita mendidik anak-anak yang diamanahkan, masih ada pihak yang berusaha untuk menjatuhkan guru (dalam diam). Saya mendoakan semoga anak kepada bapa yang mengadu (surat layang) berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran, dan semoga beliau merupakan bapa contoh terbaik kepada anak-anaknya.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 37% [?]