Projek SMSSKTP Akan Diteruskan
Saturday, July 12th, 2008
Saya rasa terlalu kecewa bila memikirkan tentang projek SMSSKTP yang dilancarkan awal tahun ini. Satu projek yang sangat baik dan bermanfaat kepada semua pihak terutamanya ibubapa akhirnya dirosakkan oleh bangsa melayu sendiri yang juga bergelar status muslim. Agaknya inilah puncanya ramai orang melayu yang terkandas di tengah jalan bila menjalankan sesuatu perniagaan. Pihak sekolah telah berusaha berhubung dengan pihak individu/syarikat berkenaan untuk penyelesaian, namun nampaknya setelah 4 bulan berlalu, tentunya jawapannya gagal. Pihak sekolah telah menyerahkan kepada pihak PIBG untuk tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan kepada mereka.
Namun demikian, pihak sekolah berusaha untuk memulihkan semula sistem tersebut dengan pengendalian dan pengurusan yang baru beserta terma dan syarat yang dipersetujui untuk kebaikan kepada semua pihak. Pihak kami akan berusaha untuk menguruskan projek tersebut dengan sistem yang lebih cekap dan profesional, dan pendaftaran baru akan dibuka secara rasmi pada awal tahun hadapan.
Pihak sekolah dan PIBG berharap agar mana-mana pihak, ibubapa dan penjaga yang pernah membuat pendaftaran dengan sistem SMSSKTP agar dapat berhubung dengan pihak kami untuk memberikan data lengkap pendaftaran kerana data yang berada di tangan pihak pengendali sebelum ini tidak diserahkan semula kepada kami, dan kami tidak tahu sebab dan alasannya. Pihak PIBG akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik agar mereka yang pernah mendaftar mendapat semula mesej terkini daripada pihak sekolah. Kerjasama amat diharapkan.
Harap pihak ibubapa atau individu yang pernah mendaftar menghubungi kami untuk memudahkan penyelenggaraan semula. Apa yang kami harapkan agar pihak ibubapa tidak menganggap sistem ini gagal kerana kegagalan bukan berpunca disebabkan sistem tetapi disebabkan pihak yang mengendalikannya. Insya-Allah, projek ini akan diteruskan. Beri masa kepada kami untuk membaik pulih pengurusan.
Sokongan anda, inspirasi kami…
Like What You Read? Subscribe Now For Updates!
Lagu Sekolah :
Popularity: 28% [?]


