Selamat Hari Raya
Friday, September 26th, 2008

![]()
Kurang seminggu lagi seluruh umat Islam akan menyambut hari lebaran. Tentunya kesibukan para ibu dan bapa menyediakan persiapan raya untuk keluarga semakin rancak. Namun janganlah kita lupa bahawa di saat dan ketika ini kita sedang berada di dalam 10 malam terakhir Ramadhan yang Allah swt janjikan malam Qadar yang penuh dengan keberkatan dan limpahan pahala.
Alhamdulillah, pelaksanaan tadarus sepanjang Ramadhan dapat dijalankan dengan lancar. Semoga program seumpama itu dapat mendidik pelajar sentiasa menghayati dan mengamalkan budaya pembacaan al-quran setiap masa.
Sebaik sahaja persekolahan bermula selepas cuti sempena hari raya, sekolah akan menempuh pelbagai aktiviti besar yang dirancangkan. Antara aktiviti yang bakal menjelang ialah Kem Perdana Unit Beruniform 2008 pada 10, 11 dan 12 Oktober 2008 yang melibatkan pelajar tahun 4, 5 dan 6. Seperti tradisi, pihak pengurusan Unit Beruniform merancang mengadakan kem secara giliran tempat, tahun ini kem tersebut akan diadakan di padang sekolah setelah mengadakan kem seumpamanya di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang pada tahun lepas. Kem kali ini melibatkan peserta seramai 155 orang dan akan berkhemah di padang sekolah selamat 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti dirancangkan seperti memasang dan menyediakan tapak khemah, membuat gajet dari buluh, memasak, kawat kaki (pertandingan antara unit), aktiviti berhalangan dan sebagainya. Tahun ini kem tersebut akan dijalankan bersempena dengan hari kemuncak Ko-Kurikulum 2008 yang diadakan pada 11 Oktober 2008.
Peperiksaan Akhir Penggal pula akan berlangsung pada 30 Oktober hingga 5 November selain aktiviti lawatan sambil belajar ke Melaka yang akan diadakan pada 1 November dan 2 November.
Jauhi mercun yang mengundang pembaziran dan bahaya, semoga kemeriahan hari raya ini dapat dinikmati dengan penuh kesyukuran dan keberkatan. Selamat menyambut hari raya idilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin. Salam lebaran.
Like What You Read? Subscribe Now For Updates!
Lagu Sekolah :
Popularity: 51% [?]



