Archive for May, 2009

Terima kasih, cikgu!

Friday, May 15th, 2009

Blog SKTP

Tiada hari yang lebih keramat dan bermakna bagi seseorang guru, jika bukan HARI GURU yang disambut 16 Mei setiap tahun. Hari yang memartabatkan profesion perguruan.

Di SKTP, sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan pada 18 Mei memandangkan Hari Guru tahun ini jatuh pada hari Sabtu. “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” adalah tema yg dipilih menghiasi sambutan pada tahun ini. Diharapkan maksud tema tersebut bukan saja perlu diamati dan difahami oleh para guru, malah semestinya didalami oleh ibubapa dan masyarakat sejauhmanakah arah tujunya. Guru akan gagal membina budaya bangsa jika tiada sokongan padu daripada ibubapa dan masyarakat.

Khas kepada warga pendidik di SKTP, Selamat Hari Guru buat anda. Teruskan berjuang dengan ikhlas walau apa pun tanggapan negatif masyarakat dilontarkan. Bersama kita selami rintihan hati & jiwa warga guru, semoga ianya dapat membantu memartabatkan budaya bangsa & negara.

Berilah sedikit penghargaan kepada guru-guru walau sekadar ucapan “Terima kasih, cikgu!”

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 78% [?]

SKTP Terus Sibuk

Saturday, May 2nd, 2009

Blog SKTP

Melangkah ke bulan Mei adalah satu petanda bahawa SKTP mengalami kesibukan untuk hari-hari mendatang. Masa berlalu begitu pantas dan kadangkala terasa seperti banyak perkara yang belum selesai. Namun perjuangan tetap diteruskan. Masih banyak aktiviti yang perlu diselesaikan. Guru akan sentiasa mengejar masa demi menjayakan setiap program yang dirancangkan.

Antara aktiviti akan datang yang dijalankan :

1. Sukan Tahunan SKTP pada 10 Mei 2009

2. Kem Bestari Solat pada 16 Mei 2009

3. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 18 Mei 2009

3. Peperiksaan Pertengahan Penggal pada 25 hingga 29 Mei 2009

4. Kem Perdana Unit Beruniform pada 19 hingga 21 Jun 2009

5. Hari Terbuka Sekolah pada 27 Jun 2009

6. Kem Motivasi Tahun 6 (UPSR) pada 4 & 5 Julai 2009

Semoga setiap apa yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya, dengan sokongan daripada pihak PIBG dan ibubapa.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 79% [?]