Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Mencegah Adalah Lebih Baik

Thursday, August 13th, 2009

Jumlah kematian disebabkan wabak Influenza A (H1N1) di Malaysia setakat ini (sehingga catatan saya ini) sudah mencecah seramai 44 orang yang melibatkan kematian terbaru 2 orang bayi berumur 10 bulan dan 12 bulan. Sudah tentu ramai ibubapa bimbang wabak ini mungkin dijangkiti kepada anak-anak mereka.

Ramai ibubapa yang bertanya kenapa persekolahan masih diteruskan sedangkan wabak ini semakin serius dan meragut nyawa sesiapa sahaja. Pihak sekolah telah melakukan pelbagai usaha berkaitan menangani jangkitan wabak ini, antaranya taklimat khas daripada guru besar sendiri kepada pelajar tentang cara-cara menjaga kebersihan diri dan terbaru taklimat khas tentang galakan dan cara pemakaian topeng muka. Namun demikian, isu penutupan sekolah sementara perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Tindakan tidak boleh dilakukan dengan sewenangnya oleh pihak sekolah walaupun terdapat arahan terbaru menteri pelajaran bahawa jika terdapat ramai pelajar tidak hadir ke sekolah, maka persekolahan di sekolah terbabit hendaklah ditutup. Pihak sekolah sangat mengharapkan agar ibubapa dapat mempastikan anak-anak memakai topeng muka yang sesuai ketika hadir ke sekolah sama ada persekolahan sesi pagi atau apa-apa aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.

Blog SKTP

Sentiasalah berpesan kepada anak-anak agar sentiasa menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, juga selepas membuang air kecil atau besar. Semoga segala peringatan seiring dengan apa yang dilakukan di sekolah.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 52% [?]

Al-Fatihah Buat Nurin Jazlin

Sunday, September 23rd, 2007

Kita dikejutkan dengan berita yang cukup tragis dan menyayat hati bila mendapat tahu bahawa Nurin Jazlin yang dicari sekian lama telah kembali ke rahmatullah ekoran penemuan sebuah beg yang berisi mayat kanak².

Saya bukan nak perkatakan tentang betapa hinanya nilai pembunuh Nurin, tetapi saya ingin menarik perhatian semua terutamanya ibubapa bahawa pengawasan anak adalah sangat penting terutamanya pada zaman sekarang. Bukan wang yang diminta tapi hanya melepaskan nafsu serakah kebinatangan menyebabkan kehilangan Nurin. Kadangkala bila sesuatu perkara atau peristiwa berlaku, barulah semua orang nak berjaga-jaga, tapi bila keadaan berlalu lama, kita mula leka semula. Jangan persiakan dan mengambil mudah anugerah Allah kepada kita. Tanyalah dan ambil tahu, di mana anak² kita sekarang? Apa yang anak² kita sedang buat di luar sana? Dengan siapa mereka berkawan?

Apa yang nak saya katakan di sini bukan tentang ibubapa yang tidak tahu jaga anak tapi tentang kelekaan kita. Sedangkan kita lupa kelekaan dan kealpaan kita serta menganggap sesuatu perkara itu kecil dan remeh menyebabkan perkara² yang tidak diingini ini boleh berlaku. Siapa sangka kes Nurin boleh sampai ke tahap ini? Tidak ada siapa yang tahu.

Awasilah pergerakan anak² kita. Pengawasan ketika di sekolah adalah tanggungjawab kami, tetapi bila saja keluar dari kawasan sekolah itu adalah pengawasan ibubapa sepenuhnya.

 Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Popularity: 27% [?]

Dera?

Friday, July 27th, 2007

Cikgu dera murid? Subhanallah. Beratnya tuduhan tu. Tindakan yang cikgu² berikan seperti mendenda bukan mendera, tapi hukuman. Hukuman kerana kesalahan yang dilakukan (biasanya berulang kali). Saya bukan nak pertahankan disebabkan blog ini adalah kepunyaan sekolah, tapi cuba kita fikirkan secara rasional. Cuba kita cari di mana puncanya, apa sebabnya, kenapa tindakan sedemikan dilakukan.

Saya pasti, ibubapa yang selalu hadir ke sekolah, berjumpa guru² secara sukarela (bukan dipanggil) dan mengenali guru, sudah pasti anak mereka tiada masalah di sekolah, kerana masalah² yang ada pada anak² mereka dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik melalui kerjasama kedua pihak (guru dan ibubapa).

Ramai murid yang terlibat dengan masalah seperti tiada buku, tidak menyiapkan kerja rumah, ponteng sekolah, bergaduh dan sebagainya adalah disebabkan kurangnya rangkaian (link) antara pihak sekolah dan ibubapa. Bayangkan.. mesyuarat agung PIBG tidak pernah hadir, gotong-royong bersama pihak sekolah tak pernah terlibat, hari terbuka (hari ko-kurikulum) tak pernah datang berjumpa guru, malah apa² aktiviti yang melibatkan ibubapa langsung tak pernah nak ambil tahu, jauh sekali untuk datang berjumpa guru secara sukarela dan bertanyakan tentang keadaan anak² di sekolah.

Dan, bila saja anak balik ke rumah, beritahu cikgu pukul, maka dengan gahnya kita datang ke sekolah mengugut untuk menyaman cikgu, belasah cikgu dan sebagainya… wajar ke? Hanya kerana kita nak tunjuk betapa kita ’sayangkan’ anak, walaupun selama ini kita tak pernah berusaha untuk berkongsi mendidik anak² dengan guru disebabkan kesibukan kita yang ‘terlampau’.

Saya akui ada guru yang mungkin di luar kawalan, tapi janganlah hanya kerana ‘nila setitik habis susu sebelanga’. Fikirkan juga bagaimana perasaan puluhan ribu lagi cikgu² yang berdedikasi, jujur dan ikhlas mengajar dan mendidik. Datang la ke sekolah, berbincang secara berhemah, cari apa puncanya segala tindakan itu diambil….

Sikap manusia…. jarang melihat pada kebaikan yang dilakukan (walaupun terlalu banyak), tapi hanya suka mengeruhkan keadaan kepada keburukan yang walaupun hanya sedikit. Fikirkan… :(

 Subscribe in a reader

Popularity: 30% [?]