Forum SKTP Dibuka, Jom Daftar
January 26th, 2009 | by Admin |
![]()
Sedang saya mengarang post ini, semua warga sekolah sedang bercuti (termasuk saya) bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina. SKTP mendapat cuti tambahan yang dipohon oleh pihak sekolah pada hari Rabu 28 Januari 2009. Boleh la merancang cuti untuk balik ke kampung.
Setelah kami menutup web dan blog selama hampir 2 hari, beberapa kemaskini telah dilakukan. Alhamdulillah, kami cuba menapak selangkah lagi dengan membuka forum yang memberi peluang untuk warga sekolah, bekas pelajar dan guru, ibubapa, PIBG dan pengunjung setia web sekolah bersama-sama kami berbincang seterusnya merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin.
Anda boleh mendaftar dan menjadi sebahagian warga forum kami dengan melayari pautan di bawah
Pada 31 Januari 2009 (Sabtu), sekolah akan menganjurkan satu program yang dinamakan ROAD RUN SKTP 2009 (dulu dikenali sebagai Larian Permata) bertujuan mencungkil bakat murid-murid berdasarkan larian jarak jauh. Larian tersebut akan diadakan di sekitar perumahan Taman Permata dan melibatkan pelajar tahun 4 hingga tahun 6.
Pada masa ini, sekolah sedang dihujani dengan aktiviti latihan berteraskan sukan kerana pihak sekolah perlu menghantar wakil peserta atau pasukan ke kejohanan peringkat zon dan daerah. Ibubapa yang anaknya dipilih oleh pihak sekolah sebagai peserta diharap dapat memberikan sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya.
Luangkan diri anda untuk berforum bersama kami.
Like What You Read? Subscribe Now For Updates!
Lagu Sekolah :
Popularity: 100% [?]



By farah_hanani on Feb 19, 2009
salam pihak admin.
sekadar ingin bertanya adakah cikgu nurzalina masih lagi berkhidmat di SKTP. ini adalah kerana saya musykil gambarnya tiada dalam pautan tenaga pengajar di laman web SKTP.
terima kasih.
P/s : tahniah calon2 UPSR yang berjaya!
By Admin on Feb 19, 2009
Owh, dah hampir 2 bulan kami paparkan makluman tentang guru2 yg bertukar.. awak x buka web sekolah sebelum ni la ye.
cg nor zalina bertukar ke shah alam sbb beli rumah kat sana