Mencegah Adalah Lebih Baik

August 13th, 2009 | by Admin |

Jumlah kematian disebabkan wabak Influenza A (H1N1) di Malaysia setakat ini (sehingga catatan saya ini) sudah mencecah seramai 44 orang yang melibatkan kematian terbaru 2 orang bayi berumur 10 bulan dan 12 bulan. Sudah tentu ramai ibubapa bimbang wabak ini mungkin dijangkiti kepada anak-anak mereka.

Ramai ibubapa yang bertanya kenapa persekolahan masih diteruskan sedangkan wabak ini semakin serius dan meragut nyawa sesiapa sahaja. Pihak sekolah telah melakukan pelbagai usaha berkaitan menangani jangkitan wabak ini, antaranya taklimat khas daripada guru besar sendiri kepada pelajar tentang cara-cara menjaga kebersihan diri dan terbaru taklimat khas tentang galakan dan cara pemakaian topeng muka. Namun demikian, isu penutupan sekolah sementara perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Tindakan tidak boleh dilakukan dengan sewenangnya oleh pihak sekolah walaupun terdapat arahan terbaru menteri pelajaran bahawa jika terdapat ramai pelajar tidak hadir ke sekolah, maka persekolahan di sekolah terbabit hendaklah ditutup. Pihak sekolah sangat mengharapkan agar ibubapa dapat mempastikan anak-anak memakai topeng muka yang sesuai ketika hadir ke sekolah sama ada persekolahan sesi pagi atau apa-apa aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.

Blog SKTP

Sentiasalah berpesan kepada anak-anak agar sentiasa menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, juga selepas membuang air kecil atau besar. Semoga segala peringatan seiring dengan apa yang dilakukan di sekolah.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 52% [?]

Tags: , , ,

Post a Comment