Penantian Berakhir – UPSR 2008
November 13th, 2008 | by Admin |
Penantian calon UPSR akhirnya berakhir sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan oleh guru penyelaras tahun enam iaitu Puan Nor Zalina. Pelbagai reaksi wajah dapat dilihat, ada yang menangis kegembiraan, ada yang menangis kekecewaan, namun ada jugak yang buat tidak kisah walaupun keputusannya tidak menggembirakan langsung. Begitu realitinya, kesungguhan tentunya membuahkan hasil. Namun demikian, pelajar harus ingat bahawa takdir adalah ketentuan Allah dan kegagalan kali ini bukan bererti berakhirnya perjuangan. Tentunya jalan itu masih terlalu jauh.
Keputusan tahun ini :
Jumlah calon : 100 orang
Calon 5A : 13 orang
Calon 4A 1B : 18 orang
Peratus lulus : 83%
Analisa lanjut boleh dilihat di web sekolah. Berikut saya abadikan beberapa foto keputusan UPSR 2008…

Puan Nor Zalina mengumumkan keputusan.

Antara ibubapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak.

Calon berdebar menunggu keputusan.

Calon mendengar taklimat daripada Puan Nor Zalina sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Calon yang mendapat 5A.

Calon yang mendapat 4A 1B.
Tahniah kepada semua calon yang berjaya. Yang kurang bernasib baik, teruskan usaha untuk PMR.
Like What You Read? Subscribe Now For Updates!
Lagu Sekolah :
Popularity: 92% [?]
Tags: calon, penyelaras, peperiksaan, upsr




By aTiKaHrAsHiD on Feb 22, 2009
tambah satu lagi!!calon yg mendapat 4A 1B ialah…Zarith Nur Atikah bt.Abd Rashid(6 Intan)2008…hehehe..^_^