Selamat Tahun Baru
January 1st, 2009 | by Admin |
![]()
Selamat tahun baru hijrah 1430 dan selamat tahun baru masihi 2009. Tarikh 1 Januari adalah cuti umum bagi seluruh negara, namun warga pendidik di SKTP tetap meneruskan perjuangan demi memartabatkan anak bangsa walaupun terpaksa mengorbankan cuti tersebut (lagi pun dah lama bercuti…
).
Hari ini merupakan Hari Pendaftaran/Transisi Tahun 1 dan Pendaftaran Prasekolah yang merupakan program khas untuk memberi taklimat kepada ibubapa murid yang terlibat tentang perjalanan sesi persekolahan yang akan datang sebagai persediaan kepada anak-anak yang baru pertama kali mengenal apa itu alam persekolahan. Sekalung tahniah kepada ibubapa yang hadir. (Gambar sebahagian dari program tersebut boleh dilihat di ruangan Galeri Gambar di dalam web sekolah)
Sudah tentu persediaan yang direncanakan oleh ibubapa kepada anak-anak sudah mencukupi kerana persekolahan bakal bermula pada 5hb Januari ini. Berbelanja secara berhemah. Yang pasti ianya lengkap terutamanya buku dan peralatan persekolahan anak-anak. Jangan pula membiarkan anak-anak tertekan disebabkan kelengkapan utama persekolahan mereka tidak mencukupi menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu.
Guru-guru telah mula bermesyuarat sebagai persediaan persekolahan 2009 sejak Isnin yang lepas (30hb Disember 2008) dan akan berakhir pada 2hb Januari 2009. Semoga permulaan persekolahan 2009 nanti menjanjikan satu azam baru yang pastinya membawa kejayaan buat semua. Insya-Allah.
Selamat Kembali Ke Sekolah dengan wajah yang ceria dan jiwa yang bersemangat.
Like What You Read? Subscribe Now For Updates!
Lagu Sekolah :
Popularity: 89% [?]
Tags: 2009, persekolahan, prasekolah, tahun baru, tahun satu, transisi




By Jafaris Mustafa on Jan 2, 2009
Tahniah buat SK Taman Permata atas kejayaan pada tahun-tahun lepas. Moga tahun ini akan tambah lagi kejayaan. Hanya satu permintaan saya, semoga blog ini dapat memberi maklumat apa-apa sahaja tentang aktiviti sekolah pada setiap masa. Kerana apabila orang seperti saya yang Subscribe RSS Feed ini dapat mengetahui maklumat terkini mengenai blog ini dengan cepat. Untuk pengetahuan pihak tuan saya mempunyai 2 orang anak di dalam sekolah ini dan amat penting bagi saya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai SK Taman Permata. Terima Kasih.
By Admin on Jan 2, 2009
Terima kasih dan teruskan menyokong kami. Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini dengan melanggan Newsletter kami.
By hasliza on Mar 11, 2009
Sehubungan itu, PNM berbesar hati menjemput Y. Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan untuk hadir ke Bengkel Teknik Bercerita ini. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghebahkan serta memanjangkan program ini kepada orang ramai yang berminat terutama masyarakat sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bagi menyertai program tersebut.
Butiran majlis adalah seperti berikut
Tarikh : 14 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilik Serbaguna, Aras Satu, PNM
Sasaran : Remaja/ Dewasa
Pengendali : Sakae Sasamori (Pencerita dan Pakar Runding Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Jepun
Penyertaan : - Percuma
- Makanan dan alatan disediakan
- Sijil diberikan kepada mereka yang hadir pada setiap sesi susulan (4 siri).
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan pegawai kami Puan Norhasliza (03-26871743) atau Cik Cherana (03-26871711). Segala kerjasama dalam perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.