Program Kemuncak Persekolahan
Monday, November 16th, 2009Pada 9 hingga 12 November yang lepas, selama 4 hari 3 malam, SKTP telah menjalankan program Perkhemahan 1 Malaysia yang melibatkan seramai 60 orang pelajar terpilih, dibantu seramai 10 orang guru sebagai fasilitator/urusetia dan 6 orang jurulatih Pusat Ko-Kurikulum Negeri Selangor. Program ini berpaksikan slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri. SKTP antara 5 buah sekolah sahaja yang dipilih dari kesemua sekolah di dalam daerah Gombak. Peserta tidur di dalam khemah walaupun tidak dapat menikmati suasana sebenar disebabkan hujan setiap hari sepanjang perkhemahan.
Pelbagai pengisian dilaksanakan sepanjang program perkhemahan tersebut diadakan, antaranya ialah praktikal memasak masakan pelbagai kaum, sukan/permainan tradisional pelbagai kaum, acara pentas dan lawatan ke tugu negara, muzium negara, planetarium dan memorial Tun Abdul Razak.
Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan :


Gambar atas : Peserta memasak sendiri masakan tradisional.

Gambar atas : Peserta menikmati permainan tradisional Malaysia.


Gambar atas : Lawatan ke Tugu Negara
Tahniah kepada peserta yang terlibat dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan perkhemahan tersebut.
Oh ya, kurang seminggu lagi sesi persekolahan 2009 melabuhkan tirai. Namun SKTP masih terus melengkapkan setiap aktiviti yang telah dirancang sejak awal tahun lagi.. tahniah kepada para guru yang sentiasa memberikan komitmen gigih demi kecemerlangan anak-anak SKTP. Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 13 November yang lepas, murid-murid mengadakan persembahan khas sempena hari tersebut. Manakala program yang bakal menyusul ialah Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SKTP 2009 yang akan diadakan pada 21 November 2009 (Sabtu). Majlis ini memberi pengiktirafan kepada pelajar atas kejayaan mereka sepanjang 2009 sama ada di dalam bidang akademik, ko-akademik atau ko-kurikulum. Semua ibubapa/penjaga dijemput hadir.
Khas kepada pelajar tahun 6, keputusan UPSR dijangka akan diumumkan pada hari Khamis (19 November). Semoga kejayaan bersama anda.
Berminat dengan artikel kami? Langgan sekarang untuk terkini!
Lagu Sekolah :
Popularity: 32% [?]


