Program Kemuncak Persekolahan

Monday, November 16th, 2009

Pada 9 hingga 12 November yang lepas, selama 4 hari 3 malam, SKTP telah menjalankan program Perkhemahan 1 Malaysia yang melibatkan seramai 60 orang pelajar terpilih, dibantu seramai 10 orang guru sebagai fasilitator/urusetia dan 6 orang jurulatih Pusat Ko-Kurikulum Negeri Selangor. Program ini berpaksikan slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri. SKTP antara 5 buah sekolah sahaja yang dipilih dari kesemua sekolah di dalam daerah Gombak. Peserta tidur di dalam khemah walaupun tidak dapat menikmati suasana sebenar disebabkan hujan setiap hari sepanjang perkhemahan.

Pelbagai pengisian dilaksanakan sepanjang program perkhemahan tersebut diadakan, antaranya ialah praktikal memasak masakan pelbagai kaum, sukan/permainan tradisional pelbagai kaum, acara pentas dan lawatan ke tugu negara, muzium negara, planetarium dan memorial Tun Abdul Razak.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan :

Blog SKTP

Blog SKTP

Gambar atas : Peserta memasak sendiri masakan tradisional.

Blog SKTP

Gambar atas : Peserta menikmati permainan tradisional Malaysia.

Blog SKTP

Blog SKTP

Gambar atas : Lawatan ke Tugu Negara

Tahniah kepada peserta yang terlibat dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan perkhemahan tersebut.

Oh ya, kurang seminggu lagi sesi persekolahan 2009 melabuhkan tirai. Namun SKTP masih terus melengkapkan setiap aktiviti yang telah dirancang sejak awal tahun lagi.. tahniah kepada para guru yang sentiasa memberikan komitmen gigih demi kecemerlangan anak-anak SKTP. Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 13 November yang lepas, murid-murid mengadakan persembahan khas sempena hari tersebut. Manakala program yang bakal menyusul ialah Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SKTP 2009 yang akan diadakan pada 21 November 2009 (Sabtu). Majlis ini memberi pengiktirafan kepada pelajar atas kejayaan mereka sepanjang 2009 sama ada di dalam bidang akademik, ko-akademik atau ko-kurikulum. Semua ibubapa/penjaga dijemput hadir.

Khas kepada pelajar tahun 6, keputusan UPSR dijangka akan diumumkan pada hari Khamis (19 November). Semoga kejayaan bersama anda.

Berminat dengan artikel kami? Langgan sekarang untuk terkini!

Lagu Sekolah :

Popularity: 31% [?]

Aktiviti Kemuncak

Saturday, November 17th, 2007

Sepanjang minggu terakhir sekolah cukup memenatkan dan sibuk. Pelbagai majlis dan aktiviti dijalankan. Segala kerja mesti diselesaikan sebelum cuti persekolahan penggal akhir ni. Namun demikian, kesabaran dan kesungguhan guru² tidak pernah padam dan segala aktiviti dijalankan dengan lancar. Antara peristiwa dan aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu terakhir ialah Hari Anugerah Pelajar Cemerlang & Graduasi Prasekolah, Penutupan Bacathon 2007, Jamuan Makan Malam Akhir Tahun BKSGK (Badan Kebajikan Sosial Guru & Kakitangan), Sambutan Hari Kanak² Peringkat Sekolah, jamuan kelas, keputusan UPSR dan Ujian Diagnostik & Taklimat untuk ibubapa tahun 1 & prasekolah 2008.

Keterangan gambar : Sesi fotografi murid prasekolah.

Keterangan gambar : Sesi bergambar tokoh pelajar bersama ibubapa masing².

Keterangan gambar : Tokoh pelajar (dari kiri – Nur Raudhah, Nur Nadiah, Nurul Adani & Nur Asyikin).

Keterangan gambar : Adik Nur Syazwan menerima hadiah utama sebuah basikal daripada YDP PIBG kerana berjaya menjadi pelajar yang paling banyak membuat kutipan sempena Bacathon SKTP 2007.

Keterangan gambar : Suasana kemeriahan majlis makan malam BKSGK yang diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang.

Sila ke Galeri Gambar untuk melihat lebih banyak koleksi gambar majlis² tersebut. Selamat Bercuti kepada semua…. :)

 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 

Lagu Sekolah :

 

Popularity: 68% [?]