Perancangan mengadakan Hari Kemuncak Ko-Kurikulum akhirnya tercapai, hasil usaha dan titik peluh gigih para guru merancang dan merealisasikan program yang besar ini. Walaupun guru-guru dikekang oleh kesibukan aktiviti yang pelbagai, namun ternyata komitmen untuk menjayakan aktiviti demi anak didik dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sokongan ibubapa sangat dihargai terutamanya peranan yang dimainkan oleh PIBG sebagai ‘backup’ sehingga aktiviti besar ini dilaksanakan. Ibubapa yang hadir sangat membanggakan pihak sekolah dan ternyata pihak sekolah sentiasa berusaha memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sekiranya sokongan ibubapa berterusan. Ibubapa yang masih belum bersedia hadir ke sekolah dalam aktiviti/program yang dirancang diharapkan mengubah ‘trend’ tersebut demi kecemerlangan anak-anak.
Berikut beberapa gambar yang dapat dirakamkan sepanjang program itu dilaksanakan:
Gambar di atas : Pertandingan Kawat Kaki antara Unit Beruniform
Gambar di atas : Pertandingan Catur Terbuka (Tahap 2)
Gambar di atas : Encik Arzaman selaku ketua hakim memberikan ulasan penghakiman kawat kaki.
Tahniah kepada pemenang. Anda boleh melihat keputusan acara yang dipertandingkan di dalam Forum SKTP.
Tahun 2008 terus memberi sinar kejayaan kepada SKTP dalam bidang ko-akademik dan ko-korikulum. Baru saja warga sekolah meraikan kejayaan peserta Pertandingan Ko-Akademik Bahasa Inggeris merangkul johan keseluruhan zon dan mendapat johan dalam dua acara diperingkat daerah, semalam sekali lagi peserta sekolah ini membanggakan warga sekolah dengan merangkul gelaran johan keseluruhan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat zon Hulu Kelang setelah mendapat 6 johan, 3 naib johan dan 1 tempat ke – 3.
Kejayaan-kejayaan ini membuktikan kemampuan pelajar SKTP bersaing, dengan berkat usaha gigih mereka dan tidak lupa komitmen guru-guru pembimbing. Terima kasih juga kepada ibubapa yang memberi peluang dan ruang kepada anak-anak melibatkan diri. Semoga kejayaan seperti ini akan terus dicapai melebihi kejayaan yang diperolehi sepanjang tahun 2007 yang lalu. Tahniah!!
Keputusan Pertandingan Ko-Akademik Bahasa Inggeris Daerah:
Story Telling – Johan
Action Song – Johan
Keputusan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) zon:
Tilawah (P) – Johan
Jawi Tahap 1 (L) – Johan
Khat (L) – Johan
Khat (P) – Johan
Hafazan Miftahussudur Tahap 1 (P) – Johan
Hafazan Miftahussudur Tahap 2 (P) – Johan
Hafazan (P) – Naib Johan
Bercerita BM (P) – Naib Johan
Jawi Tahap 1 (P) – Naib Johan
Nasyid – Tempat ketiga
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Blog SKTP bertujuan untuk memudahkan ibubapa mendapat sedikit gambaran tentang senario di SKTP. Ini hanyalah catatan dari Admin, jadi sekiranya ada pihak yang ingin memberi maklumbalas untuk artikel yang dicatat, sila berbuat demikian kerana kami mengharapkan interaksi untuk membolehkan kami memperbaiki segala kelemahan yang ada. Dan dalam masa yang sama kami cuba memberi penjelasan sekiranya ada sesuatu isu yang timbul.