Mesyuarat Agung PIBG

Thursday, February 19th, 2009

meeting-2

Pada 28 Februari 2009 (Sabtu), sudah ramai yang tersedia maklum melalui web sekolah dan forum bahawa SKTP akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG buat kali ke – 15. Agenda ini sangat penting kerana PIBG adalah tunjang atau tulang belakang utama sekolah untuk menjayakan pelbagai aktiviti oleh pihak sekolah.

Pihak sekolah dan PIBG amat berbesar hati sekiranya mesyuarat ini dapat dihadiri oleh ramai ibubapa/penjaga yang merupakan ahli PIBG SK Taman Permata. Kadangkala ramai yang kurang menyedari bahawa setelah mendaftarkan anak/jagaan ke SKTP, secara langsung mereka menjadi ahli PIBG yang melayakkan mereka bersuara dan memberikan pandangan/pendapat.

Kehadiran ibubapa adalah satu tanda penilai dan ukuran bagi pihak sekolah melihat sejauh mana sokongan yang diberikan untuk membantu pihak sekolah. Ambillah segala peluang bersuara yang ada di dalam mesyuarat ini, dan sekaligus dapat memberikan idea terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan SKTP pada masa akan datang.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila ke Forum SKTP.

Sokongan anda, inspirasi kami. Semua ibubapa/penjaga dijemput hadir, rancang masa anda. Luangkan masa untuk kecemerlangan anak-anak. Kami amat menghargainya..

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 79% [?]

Selamat Bersukan SKTP

Monday, March 17th, 2008

Tamat cuti pertengahan penggal pertama, dan suara kanak-kanak mula kedengaran di sekolah. Mereka kembali semula setelah berhempas-pulas menjawab soalan-soalan ujian yang dijalankan sebelum cuti persekolahan bermula.

Dan sepanjang minggu ini mereka akan berpeluh sakan kerana pelbagai acara sukan diaturkan, bermula dengan Larian Permata (Road Run) yang dijalankan hari ini, sukaneka, latihan sukan mini dan prasekolah, acara saringan sebelum sukan dan sukan tahunan yang dijadualkan pada 29 Mac 2008 (Sabtu).

Malah pihak Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Inggeris juga tidak lepas dari kesibukan kerana acara peringkat zon dan daerah bakal menjelang. Pertandingan Ko Akademik Bahasa Inggeris peringkat daerah diadakan pada 19 Mac (Adakah Adik Nur Raudhah mengekalkan kemenangannya?), manakala Majlis Tadarus peringkat zon akan diadakan pada 22 Mac (Adakah SKTP masih mampu bertahan sebagai johan keseluruhan zon?). :)

Ibubapa pula diingatkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada 5 April 2008 (Sabtu) dan pihak sekolah serta PIBG mengharapkan kehadiran tidak menghampakan. Berilah sokongan kepada pihak sekolah dan PIBG demi kecemerlangan anak-anak. Rancanglah masa dan kelapangan untuk menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.

 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 

Lagu Sekolah :

Popularity: 48% [?]