Mesyuarat Agung PIBG

Thursday, February 19th, 2009

meeting-2

Pada 28 Februari 2009 (Sabtu), sudah ramai yang tersedia maklum melalui web sekolah dan forum bahawa SKTP akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG buat kali ke – 15. Agenda ini sangat penting kerana PIBG adalah tunjang atau tulang belakang utama sekolah untuk menjayakan pelbagai aktiviti oleh pihak sekolah.

Pihak sekolah dan PIBG amat berbesar hati sekiranya mesyuarat ini dapat dihadiri oleh ramai ibubapa/penjaga yang merupakan ahli PIBG SK Taman Permata. Kadangkala ramai yang kurang menyedari bahawa setelah mendaftarkan anak/jagaan ke SKTP, secara langsung mereka menjadi ahli PIBG yang melayakkan mereka bersuara dan memberikan pandangan/pendapat.

Kehadiran ibubapa adalah satu tanda penilai dan ukuran bagi pihak sekolah melihat sejauh mana sokongan yang diberikan untuk membantu pihak sekolah. Ambillah segala peluang bersuara yang ada di dalam mesyuarat ini, dan sekaligus dapat memberikan idea terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan SKTP pada masa akan datang.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila ke Forum SKTP.

Sokongan anda, inspirasi kami. Semua ibubapa/penjaga dijemput hadir, rancang masa anda. Luangkan masa untuk kecemerlangan anak-anak. Kami amat menghargainya..

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 79% [?]

Azam 2008

Sunday, December 30th, 2007

Berjumpa lagi. Nampaknya tirai 2007 hanya menunggu masa untuk dilabuhkan. Maka kita menunggu kehadiran 2008 yang cukup mendebarkan nanti. Sudahkah anda melaksanakan azam tahun 2007? Sudahkah anda sebagai seorang pelajar mencapai target pencapaian yang diimpikan? Tidak mengapa jika tidak semuanya mencapai 100% apa yang kita sasarkan untuk tahun ini, yang penting usaha dilakukan. Jangan hanya masuk tahun baru kita berazam tapi apa pun kita tidak berusaha mencapainya.

Jika hari ini lebih baik dari hari semalam, dia adalah orang yang cemerlang.

Jika hari ini sama seperti hari semalam, dia adalah orang yang terpedaya.

Jika hari ini lebih teruk dari hari semalam, dia adalah orang yang celaka dan gagal.

Jadi teruskan berazam, dan cuba capai apa yang diimpikan dengan melakukan usaha yang berterusan. Jangan lupa sentiasa memohon daripada Tuhan yang esa.

Alhamdulillah, setelah lama bercuti, guru² sudah mula kembali ke sekolah. Bermula 26 Disember yang lepas, semua guru SKTP hadir untuk pelbagai mesyuarat dalaman yang bertujuan merancang dan persediaan persekolahan 2008. Apa yang pasti, kami melakukan yang terbaik untuk kecemerlangan SKTP setiap masa walau apa rintangan yang datang. Dan tentunya 2008 akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik, insaya-Allah. Tahniah untuk guru².

Berikut beberapa gambar sekitar perjalanan mesyuarat untuk dikongsi bersama… :D

 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 

Lagu Sekolah :

 

Popularity: 33% [?]