Kepimpinan? Layakkah Kita?

Wednesday, March 3rd, 2010

Kepimpinan?! Apa ada dengan kepimpinan jika tiada contoh teladan?

Pelajar-pelajar dididik dengan ciri-ciri kepimpinan melalui jawatan-jawatan yang dilantik seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua/penolong kelas. Kepimpinan lahir dari didikan dan bakat, dan sekiranya kepimpinan dibuat-buat atau sekadar menunjuk-nunjuk, maka ia bukan kepimpinan sebenar yang mampu melahirkan insan yang berilmu dan berketrampilan.

Kepimpinan tentunya mempunyai peringkat-peringkat yang wajib ada, umpamanya seorang ketua atau pemimpin. Halatuju sesebuah kumpulan atau organisasi bergantung kepada pemimpin yang menerajui kepimpinan itu. Ke mana halatuju sebuah bahtera jika nakhodanya seorang yang tiada wawasan?

Di sekolah, kepimpinan bermula dari peringkat atasan.. kementerian pelajaran, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, guru besar/pengetua dan penolong kanan. Ke mana halatuju guru-guru jika kepimpinan atasan ini tidak menunjukkan contoh terbaik? Ke mana halatuju sekolah jika tiada kepimpinan melalui teladan oleh pentadbir? Dan bagaimana dengan para pelajar dan sistem pendidikan jika guru-guru tidak menunjukkan contoh terbaik? Guru-guru tidak sepatutnya dididikĀ  atau diugut dengan markah prestasi semata-mata, yang akhirnya akan melahirkan tenaga pendidik yang hanya bekerja menunjuk-nunjuk , tidak ikhlas dan bekerja hanya di hadapan pihak pentadbir sahaja. Malah ianya akan mewujudkan perasaan takut di kalangan tenaga pengajar. Sejauhmanakah konsep koordinator yang dilaung-laungkan jika tiada contoh terbaik daripada orang yang menyebutnya?

Antara ciri kepimpinan yang terbaik ialah memberi pujian, galakan dan sokongan jika prestasi kerja yang dilakukan orang bawahan dilaksanakan dengan cemerlang, dan memberi teguran bijak jika terdapat kesilapan dan kesalahan. Itu ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w. Pemimpin yang kurang bijak hanya pandai mengherdik dan mencari kesalahan orang bawahan, tetapi seolah langsung tidak nampak kebaikan dan kecemerlangan yang dilakukan oleh orang bawahannya. Ciri-ciri kepimpinan terbaik ini diserapkan juga kepada para pelajar, sebab itu wujudnya pelbagai aktiviti seperti Kursus Kepimpinan dan sebagainya.

Kepimpinan bukan semestinya hanya wujud di sekolah, malah ibubapa juga seharusnya memberi contoh terbaik kepada anak-anaknya di rumah. Biasakan memuji anak-anak jika mereka melakukan kebaikan (walaupun kecil sumbangannya) dan berilah nasihat terbaik jika mereka melakukan kesilapan. Jangan hanya tahu mencari salah dan mengkritik, yang akhirnya mendorong kepada perasaan benci, dendam dan sakit hati.

Sama-samalah kita bermuhasabah. Bukan semua manusia ini sempurna. Belajarlah menghargai dan bukan hanya pandai mengkritik dan mencari salah semata-mata.

Berminat dengan artikel kami? Langgan sekarang untuk terkini!

Lagu Sekolah :

Popularity: 4% [?]

Persekolahan Sesi 2010 Bermula

Monday, January 4th, 2010

Persekolahan 2010 membuka tirai dengan penuh bergaya. Seronok melihat anak-anak ke sekolah berpakaian serba baru dan wajah yang penuh keceriaan.

Ibubapa yang baru pertama kali menghantar anak ke tahun satu tentunya mempunyai cerita dan pengalaman yang pelbagai. Maklumlah, anak sulung bersekolah… :)

Apapun, harapan pihak sekolah agar SKTP terus bertambah cemerlang pada tahun ini setelah agak malap dalam aktiviti ko-kurukulum sepanjang tahun 2009. Insya Allah, mudah-mudahan dengan adanya sokongan padu ibubapa dan PIBG, kami yakin harapan itu dapat dicapai dan kembali mantap sepertimana kecemerlangan tahun 2008.

Tahniah kepada ibubapa yang membantu menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Hari pertama tentu seronok bagi anak-anak, namun keseronokan akan hilang jika ada kelengkapan persekolahan tidak mencukupi atau tidak lengkap. Harapan kami agar ianya tidak berterusan mengganggu pembelajaran anak-anak nanti.

Kami berharap ibubapa dapat mempastikan kehadiran anak-anak dapat hadir ke sekolah menepati masa yang ditetapkan. Kehadiran lewat merupakan masalah disiplin utama di SKTP yang perlu dibendung oleh semua pihak.

Selamat tahun baru 2010 kepada semua. :D

Berminat dengan artikel kami? Langgan sekarang untuk terkini!

Lagu Sekolah :

Popularity: 19% [?]

SKTP Terus Sibuk

Saturday, May 2nd, 2009

Blog SKTP

Melangkah ke bulan Mei adalah satu petanda bahawa SKTP mengalami kesibukan untuk hari-hari mendatang. Masa berlalu begitu pantas dan kadangkala terasa seperti banyak perkara yang belum selesai. Namun perjuangan tetap diteruskan. Masih banyak aktiviti yang perlu diselesaikan. Guru akan sentiasa mengejar masa demi menjayakan setiap program yang dirancangkan.

Antara aktiviti akan datang yang dijalankan :

1. Sukan Tahunan SKTP pada 10 Mei 2009

2. Kem Bestari Solat pada 16 Mei 2009

3. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 18 Mei 2009

3. Peperiksaan Pertengahan Penggal pada 25 hingga 29 Mei 2009

4. Kem Perdana Unit Beruniform pada 19 hingga 21 Jun 2009

5. Hari Terbuka Sekolah pada 27 Jun 2009

6. Kem Motivasi Tahun 6 (UPSR) pada 4 & 5 Julai 2009

Semoga setiap apa yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya, dengan sokongan daripada pihak PIBG dan ibubapa.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 77% [?]

Selamat Bercuti

Saturday, March 14th, 2009

cuti1

Selesai sahaja majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah pada 13 Mac 2009, warga sekolah bercuti bermula 14 Mac 2009 sehingga 22 Mac 2009. Berkemungkinan pelbagai perancangan telah dibuat oleh ibubapa bagi memenuhi ruang cuti anak-anak. Mungkin ada yang balik ke kampung, pergi melancong atau sekadar menghabiskan cuti di rumah.

Namun sebagai peringatan bahawa Ujian Bulanan (Mac) akan diadakan pada 24 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009. Ujian tersebut penting kerana ianya menguji prestasi pelajar setakat 3 bulan pertama persekolahan, malah apa yang lebih utama ialah ianya juga akan mempengaruhi peratus keseluruhan prestasi kerana penilaian di akhir tahun akan dikira bermula dari ujian dan peperiksaan sepanjang tahun.

Pihak sekolah sangat berharap agar ibubapa dapat memantau cuti anak-anak dan mempastikan pengisian masa menjurus kepada pembelajaran mengulangkaji di rumah. Kesinambungan sangat perlu demi kecemerlangan anak-anak.

Kepada pelajar, gunakan masa cuti anda dengan perkara yang berfaedah. Selamat bercuti.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 83% [?]

Takziah

Monday, December 15th, 2008

Nampaknya tengkujuh dah berakhir, agak memberi impak juga kepada sebilangan penduduk terutamanya Kelantan dan Terengganu. Dalam masa yang sama juga negara dikejutkan dengan pelbagai berita dan kejadian yang mengejutkan. Namun sebagai hamba Allah, kita kena akur dengan ketentuan-Nya. Tentu apa yang berlaku mempunyai hikmah yang tersirat yang memerlukan kita berfikir.

Takziah kepada keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia, begitu juga kepada keluarga yang terlibat dengan runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa (setakat ni belum pasti sama ada keluarga pelajar SKTP terlibat atau tidak dalam kejadian tersebut) dan tidak lupa juga kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan bas tempoh hari.

Takziah diucapkan kepada keluarga bekas Yang Di pertua PIBG, Allahyarham Tuan Haji Lamang yang kembali ke rahmatullah pada 4 Disember 2008. Semoga rohnya dicucuri rahmah oleh Allah Taala. Tidak lupa ucapan takziah drp pihak sekolah kepada salah seorang guru di SKTP iaitu Puan Sariyana yang baru saja kematian bapa mertuanya. Sesungguhnya kita tentunya akur dengan ketentuan Ilahi. Al-Fatihah.

Tahniah kepada beberapa orang guru SKTP yang berjaya bertukar ke negeri atau sekolah yang dipohon. Semoga kebahagiaan diperolehi ditempat yang baru. Terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang ditaburkan di SKTP selama ini.

Cuti persekolahan masih panjang lagi, harapan kami agar pelajar dapat menggunakan masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah, terutama mengulangkaji pelajaran. Ingat, tugas utama anda adalah belajar, jadi jangan diabaikan komitmen itu. Insya Allah kejayaan akan sentiasa mengiringi anda. Kepada pelajar tahun enam, bersedialah untuk ke tempat baru, jangan lupakan sekolah tempat anda mengenal apa itu A B C dan 1 2 3.

* Ibubapa yang ingin membeli peralatan sekolah dan buku, sila ke kedai buku sekolah. Dibuka jam 9 pagi hingga 3 petang setiap hari bekerja.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Sekolah Kebangsaan Taman Permata's Facebook profile

Popularity: 79% [?]