SKTP Terus Sibuk

Saturday, May 2nd, 2009

Blog SKTP

Melangkah ke bulan Mei adalah satu petanda bahawa SKTP mengalami kesibukan untuk hari-hari mendatang. Masa berlalu begitu pantas dan kadangkala terasa seperti banyak perkara yang belum selesai. Namun perjuangan tetap diteruskan. Masih banyak aktiviti yang perlu diselesaikan. Guru akan sentiasa mengejar masa demi menjayakan setiap program yang dirancangkan.

Antara aktiviti akan datang yang dijalankan :

1. Sukan Tahunan SKTP pada 10 Mei 2009

2. Kem Bestari Solat pada 16 Mei 2009

3. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 18 Mei 2009

3. Peperiksaan Pertengahan Penggal pada 25 hingga 29 Mei 2009

4. Kem Perdana Unit Beruniform pada 19 hingga 21 Jun 2009

5. Hari Terbuka Sekolah pada 27 Jun 2009

6. Kem Motivasi Tahun 6 (UPSR) pada 4 & 5 Julai 2009

Semoga setiap apa yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya, dengan sokongan daripada pihak PIBG dan ibubapa.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Lagu Sekolah :

Popularity: 77% [?]

Selamat Hari Guru! Terima Kasih, Cikgu!

Friday, May 16th, 2008

Pada 16 Mei setiap tahun adalah satu tarikh keramat kepada semua pendidik yang bergelar guru atau cikgu di Malaysia. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tarikh sambutan hari guru tidak sama antara satu negara negara satu negara yang lain. Oleh itu, 16 Mei bukanlah satu sambutan untuk guru secara global serata dunia. Walau apapun, itulah tarikh dan hari teristimewa kepada warga guru di seluruh Malaysia, dan ianya sudah pasti juga melibatkan warga pendidik di SKTP.

Inilah masanya jasa dan pengorbanan mereka dikenang. Inilah masanya penghargaan diberikan kepada mereka. Harus diingat, siapalah kita tanpa guru, siapalah kita tanpa cikgu. Guru bukan untuk dihina. Guru bukan untuk dijatuhkan martabatnya. Jangan hanya satu atau dua kes-kes ‘negatif’ berlaku melibatkan guru, kita ‘mencemarkan’ profesion tersebut. Namun agak sedih bila hakikat ini mula menular di kalangan masyarakat kita. Guru dipandang rendah kononnya berpendapatan rendah. Guru disaman kerana menganggap status guru boleh diperlekehkan. Harus diingat, guru hanyalah insan biasa yang sudah tentu ada salah dan silap.

Raikanlah bersama guru-guru, inilah masanya. Bangkitkan kembali martabat guru demi keutuhan dan kecemerlangan. Kehebatan seorang guru bukan kerana ketinggian ilmu semata-mata, tapi ia meliputi pengalaman, pengorbanan dan kesabaran.

Selamat Hari Guru kepada semua guru, khususnya warga pendidik Sekolah kebangsaan Taman Permata yang dicintai. Guru Cemerlang, Negara Terbilang! :)

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 Lagu Guru Malaysia :

Popularity: 51% [?]