Hari Kemuncak Ko-Kurikulum 2009

Sunday, October 25th, 2009

Perancangan mengadakan Hari Kemuncak Ko-Kurikulum akhirnya tercapai, hasil usaha dan titik peluh gigih para guru merancang dan merealisasikan program yang besar ini. Walaupun guru-guru dikekang oleh kesibukan aktiviti yang pelbagai, namun ternyata komitmen untuk menjayakan aktiviti demi anak didik dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sokongan ibubapa sangat dihargai terutamanya peranan yang dimainkan oleh PIBG sebagai ‘backup’ sehingga aktiviti besar ini dilaksanakan. Ibubapa yang hadir sangat membanggakan pihak sekolah dan ternyata pihak sekolah sentiasa berusaha memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sekiranya sokongan ibubapa berterusan. Ibubapa yang masih belum bersedia hadir ke sekolah dalam aktiviti/program yang dirancang diharapkan mengubah ‘trend’ tersebut demi kecemerlangan anak-anak.

Berikut beberapa gambar yang dapat dirakamkan sepanjang program itu dilaksanakan:

Blog SKTP

Blog SKTP

Blog SKTP

Blog SKTP

Blog SKTP

Blog SKTP

Gambar di atas : Pertandingan Kawat Kaki antara Unit Beruniform

Blog SKTP

Gambar di atas : Pertandingan Catur Terbuka (Tahap 2)

Blog SKTP

Gambar di atas : Encik Arzaman selaku ketua hakim memberikan ulasan penghakiman kawat kaki.

Tahniah kepada pemenang. Anda boleh melihat keputusan acara yang dipertandingkan di dalam Forum SKTP.

Berminat dengan artikel kami? Langgan sekarang untuk terkini!

Lagu Sekolah :

Popularity: 54% [?]

Hari Kemuncak Ko-Kurikulum

Sunday, October 28th, 2007

Semalam selesai Hari Kemuncak Ko-Kurikulum SKTP 2007. Tahniah kepada pasukan Unit Beruniform Pengakap kerana merangkul gelaran Johan Kawad Kaki. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar dan pasukan permainan yang berjaya dalam pertandingan yang diadakan.

Terima kasih kepada semua guru kerana memberikan penuh komitmen menjayakan program ini, walaupun persediaan untuk peperiksaan yang bermula esok (29 Oktober) agak banyak. :)

Jangan lupa kepada ibubapa untuk menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang akan diadakan pada 14 November 2007. Walaubagaimanapun, kami warga pendidik sekolah ini mengharapkan pemantauan lebih ibubapa kepada sebagai persediaan rapi untuk peperiksaan akhir tahun yang sangat penting ini. Jangan persiakan peluang yang ada.

USAHA TANGGA KEJAYAAN! :D

Popularity: 46% [?]