UPSR.. Kian Terasa
September 1st, 2009 | by Admin |
Bahang UPSR nampaknya semakin terasa, terutamanya kepada semua calon UPSR dan khususnya guru-guru tahun 6 serta semua guru SKTP amnya. Tarikh yang dinantikan ialah pada 8 hingga 10 September 2009 (minggu depan). Namun demikian, usaha dan ikhtiar terus dilakukan oleh para guru bagi mempastikan kejayaan akan menjadi milik pelajar nanti. Hanya usaha daripada diri pelajar/calon itu sendiri sahaja hanya Allah sahaja yang tahu. Harapan pihak sekolah agar usaha seiring dilakukan oleh ibubapa/penjaga untuk menjanjikan kejayaan buat para pelajar.
Sepanjang bulan Ramadhan ini Panitia Pendidikan Islam menganjurkan program Tadarus Al-Quran kepada murid tahun 5 dan tahun 6 (selepas UPSR sahaja). Program ini akan diakhiri dengan majlis Khatam Al-Quran, memasakĀ bubur lambuk, Berbuka Puasa, Tahlil dan Solat Terawih yang dijangka dan dirancang diadakan pada 16 September 2009 (Rabu). Semoga majlis ini akan mendapat sambutan yang baik daripada ibubapa/penjaga.
Berminat dengan artikel kami? Langgan sekarang untuk terkini!
Lagu Sekolah :
Popularity: 57% [?]
Tags: khatam, peperiksaan, upsr


