Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh
dan sejahtera,
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya
maka terbinalah sebuah laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Taman Permata.
Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan
komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era
globalisasi ini.
Justeru itu, usaha membangunkan laman web
ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada
para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua
pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan
serta cadangan untuk memajukan lagi SKTP.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ICT sekolah yang begitu
komited dalam usaha mewujudkan laman web ini. Penghargaan juga kepada
PIBG sekolah ini di atas sokongan padu yang diberikan.
Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap
dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata,
salam hormat dan selamat melayari laman web sekolah ini.
"PERMATA, CEMERLANG!"
Salam Ikhlas daripada

PN. NORAINI BINTI DIN
Guru Besar
(noraini_sktpmy@yahoo.com)
Sekolah Kebangsaan Taman Permata
|