
Apa yang dimaksudkan dengan perkhidmatan SMSSKTP?
Perkhidmatan SMSSKTP ialah satu sistem penghantaran maklumat terus ke telefon bimbit pelanggan. Pelanggan akan mendapat
maklumat terkini persekolahan dengan pantas, efisyen dan mudah melalui sms. Maklumat yang dimaksudkan ialah berkaitan
dengan tarikh ujian atau peperiksaan, aktiviti yang diadakan di sekolah, cuti dan pelbagai maklumat yang ingin disampaikan
oleh pihak sekolah kepada ibu bapa/penjaga murid SKTP.
Pelanggan hanya perlu membayar sebanyak RM15 setahun sahaja (sebelum ini RM30) dan sms yang dihantar tiada had/tanpa caj tambahan.
Perkhidmatan ini menyokong semua talian komunikasi (TELCO) seperti MAXIS, CELCOM, DIGI dan lain-lain lagi. Pihak kami menghantar sms (info) dengan
menggunakan SENDER ID seperti SKTP atau 63660. Pihak kami TIDAK AKAN sama sekali melakukan penghantaran sms berbentuk SPAM kepada
pihak pelanggan, malah setiap sms yang dihantar pada masa dan waktu yang sesuai (melainkan jika ada gangguan daripada pihak TELCO
tertentu). Semua sms yang dihantar direkodkan di dalam sistem database kami. Setiap satu langganan adalah untuk satu talian sahaja.
Jika anda berminat untuk melanggan SMSSKTP secara online, sila lakukan pembayaran sebanyak
RM15 (bayaran yuran hanya sekali untuk tempoh setahun).

Contoh sms yang diterima
CARA PEMBAYARAN:
Sila buat pembayaran ke akaun berikut
NAMA BANK
MAYBANK
NO. AKAUN
16 220 999 8586
Sebaik sahaja pembayaran/transaksi berjaya, sila isikan borang di bawah dengan lengkap.
Semua maklumat MESTI DIISI.
Segala maklumat anda adalah untuk rekod dan
kegunaan kami sahaja.
Privasi maklumat anda (termasuk nombor telefon) adalah dijamin 100%.
Sebaik sahaja pembayaran telah dibuat dan bukti pembayaran/maklumat di atas dihantar, anda akan
menerima sms pengesahan pendaftaran daripada pihak kami dalam tempoh selewat-lewatnya 3 hari selepas pembayaran dibuat.
Hakcipta Terpelihara SKTP. Web ini dibangunkan oleh WIRASUTRA Network dengan kerjasama Unit ICT SKTP.
Laman web ini dibiayai sepenuhnya oleh PIBG SK Taman Permata.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas.
Segala pertanyaan, sila hubungi : Webmaster/Admin.