TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010

(PIPP)
 

 

Membina Negara Bangsa

dengan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
 

 


Membangunkan Modal Insan

dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
 

 


Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

melalui peluasan program prasekolah, pemantapan kepimpinan pengetua / guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
 

 


Merapatkan Jurang Pendidikan

dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.
 

 


Memartabatkan Profesion Keguruan

melalui menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
 

 


Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

dengan pemilihan guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

 

 

 

ke atas

 

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara SKTP 2007. Web ini dibangunkan oleh WIRASUTRA Tech Center.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas.

Segala pertanyaan, sila hubungi : Webmaster/Admin.

 

 

Penafian : Pihak SKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.