PERATURAN MENGGUNAKAN SEMBANG ONLINE (SHOUTBOX)

 

1. Anda perlu menjadi pengguna berdaftar (registered user) untuk menggunakan shoutbox kami. Jika belum berdaftar, sila mendaftar terlebih dulu. Hanya pengunjung yang berdaftar saja dibenarkan membuat sebarang post/mesej. Jika sudah mendaftar, sila gunakan nama dan password (kata laluan) anda. Jangan mendaftar menggunakan banyak nama. Kami dapat mengesan nombor IP yang anda gunakan. Kami akan membatalkan (padam atau ban) pendaftaran sekiranya nama anda mencurigakan. Anda digalakkan menggunakan nama sebenar atau nama panggilan yang bersesuaian. Jangan menggunakan nama yang sukar untuk dikenali seperti NONAME, NI AKU, BOY, SS atau seumpamanya, kecuali jika anda dikenali oleh Admin (anda boleh maklumkan kepada Admin siapa diri anda melalui Support Center atau emel Admin). Sekiranya nama anda telah berdaftar, nama anda tidak boleh atau tidak akan digunapakai oleh orang lain lagi. Sekiranya nama anda telah didaftarkan tetapi tiba-tiba anda tidak dapat login menggunakan nama tersebut bermakna mungkin nama anda telah dipadam oleh pihak kami, ini mungkin disebabkan oleh nama anda gunakan terlalu singkat atau tidak menepati peraturan kami. Sila hubungi kami jika anda menghadapi masalah. Nama anda akan dipadamkan dari sistem database kami sekiranya anda tidak menggunakan shoutbox kami melebihi 30 hari. Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada orang lain yang ingin aktif di shoutbox untuk menggunakan nama yang mungkin anda telah pilih. Jangan risau, jika nama anda dipadam, sila berdaftar semula (kecuali anda diban, sila hubungi kami).

 

2. Jangan buat post berupa spam iaitu menghantar post yang sama berulangkali. Tolong jangan menggunakan banyak smileys. Post yang banyak smileys akan dipadam. *Banyak smileys boleh mengganggu post yang lain.

 

3. Jangan menggunakan kata-kata lucah, menghina atau perkataan kesat/biadab yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

 

4. Jangan berbincang tentang isu politik, gossip atau hiburan. Jangan membuat sebarang fitnah.

 

5. Anda boleh pamerkan alamat laman web, blog atau e-mel di shoutbox, dengan syarat ianya bukan untuk tujuan mempromosi barangan (iklan percuma), pautan ke laman web lucah atau seumpamanya. Sekiranya anda adalah webmaster/admin mana-mana laman web/blog/portal, sila kirimkan e-mel kepada pihak kami untuk 'link exchange' web/blog/portal sekolah.

 

6. Anda boleh menggunakan shoutbox ini untuk memberi apa-apa cadangan, pandangan, permintaan atau membuat sebarang pertanyaan.

 

7. Jangan mengharapkan sebarang post anda akan segera mendapat maklumbalas/respon kerana tidak semestinya laman web ini mempunyai pengunjung sepanjang masa. Webmaster/Admin akan cuba memberi maklumbalas sekiranya berkesempatan. Namun demikian, sebarang post anda (sembang, pendapat, pandangan atau pertanyaan) akan sentiasa dipantau oleh pihak kami. Kami memberi kebebasan untuk anda bersuara tetapi masih ada batasannya. Oleh itu, kami berhak untuk memadam atau mengedit mana-mana post yang dirasakan perlu. Anda boleh melihat bilangan pengunjung yang sedang online di shoutbox.

 

8. Jangan sesekali membuat iklan jualan langsung atau seumpamanya. Jika anda inginkan ruangan iklan di laman web kami, pihak kami ada menyediakan penyewaan tapak iklan tersebut. Sila berhubung dengan webmaster/admin.

 

9. Tidak dibenarkan menggunakan nama yang digunapakai oleh Admin.

 

10.Jadilah insan berilmu, berakhlak dan bukannya yang suka merapu. Bersopan-santun dan saling hormat-menghormati.

 

11.Awas, jangan jadikan shoutbox ini sebagai tempat untuk melepaskan geram@tension. Jangan membangkitkan kemarahan seseorang. Jika terdapat sebarang aduan tentang ketidakpuasan hati terhadap sekolah, guru atau mana-mana pihak warga SKTP, sila hubungi pihak pentadbir sekolah di 03-41077259 atau gunakan forum. Jangan gunakan shoutbox sebagai tempat untuk memalukan atau mengaibkan mana-mana individu. Sila bersikap telus dan profesional.

 

13.Ingat! Ini adalah laman web sekolah. Sekiranya segala peraturan di atas tidak dipatuhi, webmaster/admin akan memadamkan post anda tanpa sebarang notis. Tiada sebarang kompromi. Amaran hanya diberikan sekiranya dirasakan perlu. Berkemungkinan anda akan dihalang terus (ban) dari menggunakan Sembang Online (shoutbox) atau web kami.

 

 

Salam hormat daripada : Webmaster/Admin

 

 

ke atas

 

 

 

Hakcipta Terpelihara SKTP 2007. Web ini dibangunkan oleh WIRASUTRA Network.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas.

Segala pertanyaan, sila hubungi : Support Center.

 

 

Penafian : Pihak SKTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.